10 Homestay Untuk Family Day Di Melaka

10 Homestay Untuk Family Day Di Melaka Featured Image
  •   [email protected]
  •   Oct 27, 2016

Percutian satu keluarga yang menyeronokkan.



Percutian satu keluarga atau aktiviti family day ini memang menyeronokkan. Lagi-lagi jika kita dapat bercuti bersama keluarga yang besar. Jadi apabila bercuti dengan jumlah yang ramai, lokasi penginapan pilihan untuk percutian ini seharusnya selesa dan cukup kemudahannya. Jadi berikut adalah 10 homestay yang sesuai untuk aktiviti family day di Melaka.


1. Dennis.8 Homestay Melaka

tempat yang selesa untuk menampung keluarga sebesar 10 orang. Rumah dua tingkat dengan 4 bilik tidur yang serba lengkap, dilengkapi dengan penghawa dingin di setiap bilik, pemanas air, Wifi percuma, TV dengan saluran Astro, tempat letak kereta dan peti sejuk. Ia sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan yang ingin bercuti di Melaka dan ia juga boleh digunakan untuk majlis perkahwinan.

Alamat: No 8, Jalan AKP 2, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik air: 2 Bilik air

Harga satu malam: RM350++


2. Ginger’s Homestay Malacca

homestay ini sesuai untuk 6-8 tetamu bagi setiap penginapan. Kawasannya boleh berjalan kaki ke tepi pantai dan ke penempatan Portugis. Ia adalah lokasi yang terbaik untuk menginap pada sambutan hari raya Krismas dan Tahun Baru. Selain itu, tetamu mempunyai akses penuh untuk ke kolam renang dan gimnasium.

Alamat: Straits Court Comdominium, Jalan Ujong Pasir, Taman Aman, 75050 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik air: 2 Bilik air

Harga satu malam: RM230++


3. Step-In Homestay @ Antalya VillaHoliday Home

Tidak terlalu jauh dari pantai Dataran 1Malaysia, Step-In Homestay @ Antalya Villa Holiday Home adalah sebuah rumah yang ideal untuk percutian keluarga, group gathering dan bisnes trip sebesar 10 orang. Bawa layang-layang anda untuk bermain dan menikmati angin laut bersama keluarga anda. Juga disediakan peralatan BBQ (atas permintaan) di taman dandelion yang indah.

Alamat: C7664, Taman Orkid, 75200 Klebang Besar, Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik air: 3 Bilik air

Harga satu malam: RM396++


4. Sunflower House Malacca

Reka bentuk dalaman yang moden dan ruang tamu yang luas dan ruang makan bersama dengan dapur yang simple boleh menampung 8 orang dengan selesa. Percuma WiFi dengan kelajuan yang tinggi dan TV dengan saluran satelit juga akan disediakan dan ia sesuai untuk keluarga yang bercuti di Melaka atau pelancong dalam kumpulan yang kecil.

Alamat: No. 57, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, Ujong Pasir, 75050 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik air: 4 Bilik air

Harga satu malam: RM420++


5. The [email protected] Hilir

Ia adalah homestay yang unik yang mempunyai tema yang tenang dan menyegarkan di seluruh kawasan penginapan anda kerana mereka mengalu-alukan anda untuk menginap bersama-sama dengan alam semula jadi.

Alamat: 117A, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik air: 2 Bilik air

Harga satu malam: RM200++


Related Link:
5 Tempat Menarik Berdekatan Pantai di Melaka


6. Rubeena Homestay (RM200)

Rubeen Homestay terletak berhampiran dengan tol Ayer Keroh. Rumah teres corner lot dua tingkat ini dilengkapi dengan 7 katil bujang dan 1 katil queen, yang selesa boleh memuatkan 9 tetamu. Beberapa tarikan yang berdekatan termasuk Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Taman Tema Wonderland, Zoo Melaka dan Taman Botanikal Ayer Keroh.

Alamat: 25, Jalan TU 59, Taman Tasik Utama, 75350 Ayer Keroh, Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik air: 4 Bilik air

Harga satu malam: RM350++


7. Nilam HomeHotel (RM250)

Nilam HomeHotel adalah kondominium yang selesa dengan kolam renang di luar yang menawarkan keselesaan dan privasi yang tinggi dan dapat menikmati kemudahan eksklusif di rumah tersebut apabila anda menempah masuk dengan mereka. Kondo Percutian ini boleh memuatkan sehingga 15 tetamu.

Alamat: Crystal Tower, Garden City Straits Condominium, Jalan Merdeka, 75000 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik air: 3 Bilik air


8. My Village Homes

Persekitaran My Village Homes adalah sangat aman dan tenang untuk percutian yang boleh memuatkan sehingga 10 orang. Ia terletak dalam kawasan Bandar Melaka, hanya 10min untuk ke Melaka Raya, 5 minit ke Penempatan Portugis dan 3 minit ke Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.

Alamat: 7, Jalan Siakap 9, Taman Permatang Pasir Perdana, 75460 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik air: 3 Bilik air

Harga satu malam: RM400++


9. Step-In Homestay @ Taman Pelangi

Step-In Homestay @ Taman Pelangi adalah satu lagi hak milik Step-In Homestay. Ia sesuai untuk family gathering atau event-event yang mana ia dilengkapi dengan sistem Hi-Fi dan peralatan BBQ. Ia juga menyediakan Wi-Fi percuma, pancuran air panas dan penyaman udara. Terletak berdekatan 7-Eleven, KFC dan Aeon Shopping Mall, anda tidak perlu bimbang jika tidak membawa bekalan makanan yang mencukupi.

Alamat: Blok E-G-2, Pangsapuri Pelangi, Taman Pelangi, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik air: 2 Bilik air

Harga satu malam: RM288++


10. Homestay Bandar Melaka @ Pandan Jaya

Homestay Bandar Melaka terletak hanya 5 hingga 20 minit memandu ke semua kawasan bersejarah yang utama, kompleks membeli-belah dan Business Points. Ia terletak berhampiran dengan Aeon Shopping Mall, Tesco, Jonker Street dan lain-lain destinasi yang menarik.

Alamat: No 2, Jalan Pandan Jaya 1/8, Taman Pandan Jaya, 75250 Malim Jaya, Melaka. (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik air: 2 Bilik air

Harga satu malam: RM160++


Untuk mencari homestay yang lain di Melaka, anda boleh layari HomestayAtMelaka.com dan LetsGoHoliday.my


Related Link:
10 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Melaka