10 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Melaka

10 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Melaka Featured Image
  •   [email protected]
  •   Oct 26, 2016

Aktiviti yang seronok di tempat yang bersejarah


Seperti yang kita tahu, Melaka terkenal dengan tempat-tempat yang bersejarah. Ia juga dikenali dengan nama Melaka Bandaraya bersejarah. Selain dari tempat bersejarah, Melaka juga sudah menjadi salah satu destinasi pelancongan dan ia menjadikannya antara tempat yang popular untuk bercuti bersama keluarga di Malaysia. Kali ini kami senaraikan Aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan ketika berada di bandar bersejarah ini.


1. Menaiki River Cruise

[Gambar dari mynikfoto]

Dalam tempoh 45 minit perjalanan, anda akan dapat melihat permandangan yang terbaik di bandar bersejarah ini, seperti perkampungan Melayu tradisional Kampung Morten dan mural yang cantik di keliling Jonker Walk.

Lokasi: Jalan Laksamana, Bandar Hilir, 75000 Melaka (Google Maps)

Hubungi: +606-2814322


2. Menaiki Beca

[Gambar dari Jorge Cancela]

Di zaman dahulu, ia adalah salah satu pengangkutan yang utama di Melaka. Kini ia telah menjadi salah satu tarikan pelancong. Sangat jarang untuk kita lihat negeri-negeri lain di Malaysia yang boleh anda menaikinya. Jom cuba dan rasakan angin nyaman di Melaka pada waktu malam.

Lokasi: Around the street of Jonker


3. Pergi ke Taman Air

Taman air adalah aktiviti yang sesuai ketika cuti sekolah. Ibu bapa boleh memberi pelepasan kepada anak-anak mereka selepas sesi persekolahan yang panjang dengan berenang keseronokan di dalam air. Melaka mempunyai dua taman air iaitu, A Famosa Water Theme Park dan Melaka Wonderland, dengan permainan yang mendebar dan menyeronokkan, ia sesuai untuk keluarga pada semua peringkat umur.


4. Membeli-belah

[Gambar dari Phalinn Ooi]

Terdapat banyak pusat membeli-belah yang semakin meningkat di pusat bandar Melaka. Sama ada anda seorang pelancong atau orang tempatan, semua suka untuk pergi membeli-belah. Antara pusat membeli-belah yang terkenal di Melaka ialah Dataran Pahlawan, Aeon Shopping Centre, Mahkota Parade dan The Shore.


5. Melakukan Aktiviti Riadah

Melaka bukan sahaja syurga bagi pengemar makanan dan membeli-belah. Untuk adrenalin junkie, Melaka juga adalah tempat yang baik untuk menjalankan aktiviti riadah seperti wall climbing, berkayak, flying fox dan lain-lain Dapatkan maklumat lanjut di Redtma Recreation Sports dan Serama Camp.


6. Melukis Batik

[Gambar dari Sue Waters]

Batik adalah seni yang rumit untuk dilakukan, tetapi itu tidak mustahil untuk mencubanya sendiri. Melaka Batik House ada menjalankan kelas-kelas untuk belajar seni percetakan batik dan anda boleh membawa balik kerja yang anda telah lakukan sebagai cenderahati, dan akan mendapat penghargaan yang lebih mendalam ke arah bentuk seni batik ini.


7. Berjalan di Pantai

Melaka tidak dikenali dengan kekayaan hutan hujan tropika atau bentengan pasir panjangnya. Tetapi ia mempunyai beberapa pantai yang menarik untuk di banggakan. Ia amat sesuai untuk percutian hujung minggu, di mana anda boleh memanjakan diri dengan ketenangan dan keselesaan matahari tropika di Melaka. Antara pantai yang terkenal di Melaka termasuk Tanjung Kling, Pantai Kundur dan Tanjung Bidara.


Related Link:
5 Tempat Menarik Berdekatan Pantai di Melaka


8. Meneroka Muzium

Menjadi lebih baik jika anda dapat meneroka dan belajar tentang asal-usul Melaka, bandar bersejarah semasa anda berada di sana kerana di mana lagi ingin tahu jika ia bukan di dalam negeri Melaka itu sendiri? Beberapa muzium yang mesti dikunjungi untuk pelancong adalah Melaka Sultanate Palace Museum, Cheng Ho’s Cultural Museum dan Maritime Museum.


9. Main Layang-layang

Pantai Klebang merupakan salah satu pembangunan yang terkini dalam industri pelancongan di Melaka. Ianya terletak 15 km dari Bandar Melaka, dan ia adalah tempat yang paling sesuai untuk bermain layang-layang.


10. Melakukan Amal Ibadat

Mengamalkan kepercayaan agama ketika di Melaka boleh menjadi satu pengalaman yang menarik. Di sini, tempat ibadat mempunyai sejarah yang luar biasa dan ia juga mempunyai reka bentuk yang menarik. Antara tempat-tempat ibadat yang terkenal adalah Masjid Selat Melaka, Tokong Cheng Hoon Teng, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi dan Gereja Christ Melaka.


Bunyi yang cukup menarik untuk merancang perjalanan hujung minggu ke Melaka bukan? Layari HomestayAtMelaka.com, HotelAtMelaka.com dan LetsGoHoliday.my untuk mencari tempat tinggal di Melaka!


Related Link:
10 Hotel Bawah RM100 di Melaka