10 Makanan yang Harus di Makan Ketika di Melaka

10 Makanan yang Harus di Makan Ketika di Melaka Featured Image
  •   [email protected]
  •   Oct 24, 2016

Sesuai untuk penggemar makanan



Terdapat pelbagai jenis makanan yang ada di Melaka disebabkan oleh kaum yang pelbagai. Di sini disediakan senarai makanan yang anda patut cuba ketika berada di sana.


1. Laksa Nyonya (non-Halal)

laksa ini berbeza daripada laksa kari biasa kerana ia menggunakan udang bukannya stok ayam dalam kuahnya. Ia memberikan rasa kari yang lebih manis. Laksa Nyonya ini dihidangkan di mearata tempat dan di Melaka, anda boleh mendapatkannya di kedai Donald and Lily’s dan Nancy’s Kitchen


2. Mi Wanton (non-Halal)

Mi Wantan biasanya dihidangkan dengan sos hitam, daging bbq (pork) (charsiew), daging cincang (pork) dan sayur-sayuran yang dihiris. Di Melaka, anda boleh mendapatkan mi Wantan yang tidak menggunakan kicap soya yang biasa, dan ia sedap dimakan jika diletakkan sos cili yang khas yang disediakan oleh pihak kedai Itu sendiri. Antara tempat-tempat yang terbaik untuk makan mi Wantan ni adalah di Hong Seng Restaurant, Bunga Raya Wantan Mee dan Dong Fung Foodcourt.


3. Mi Itik

Mi itik gaya Melaka biasanya di tos kan ke dalam kuah gravy dan di bahagian atas nya di letakkan daging itik yang dicincang. Ia dihidangkan di dalam mangkuk sup yang kecil. Mi ini juga boleh dihidangkan bersama mi sup, bergantung kepada pilihan anda. Beberapa tempat yang anda boleh menikmati mi itik ni adalah di Tengkera Duck Noodles, SS Food & Beverage Station dan Chia Yean Coffee Shop.


4. Bebola Nasi Ayam

Di Malaysia, anda tidak akan dapat mencari Bebola Nasi Ayam kecuali di Melaka. Pertama sekali nasi ini direbus di dalam sup ayam bersama perasa-perasa lain. Apabila masak, ia di gumpal menjadi seperti bola yang memberikan rupa dan bentuk yang unik. Restoran yang menyediakan nasi ayam ini adalah di Chung Wah Chicken Rice, Huang Chang Chicken Rice Restaurant, Famosa Chicken Rice Ball dan Hainamko Chicken Rice.


5. Nasi Lemak

Ini adalah hidangan yang semua rakyat Malaysia tahu. Anda boleh mendapatkannya di mana-mana tetapi anda mesti mencuba nasi lemak yang di sini: Nasi Lemak Ejam, Nasi Lemak dan Minuman Ah Ho and Bert’s Garden Seafood


6. Char Siew Rice (non-Halal)

Anda boleh mencari pelbagai jenis Char Siew Rice, juga dikenali sebagai nasi bbq daging babi yang anda inginkan di Melaka. Ia di masak dengan pelbagai cara masakan. Hidangan ini dihidangkan dengan sepinggan nasi yang diletakkan daging bbq (pork) yang disaluti kuah gravy yang manis. Cuba char siew Rice ni di beberapa restoran: Chuen How Restaurant, Boon Leong Food Court dan Mei Wei Xuan Restaurant


7. Asam Pedas Ikan

Hidangan ini dimasak menggunakan jus asam (asam jawa) dengan cili dan rempah yang berbeza. Di masak dengan kari ikan yang di masak panas-panas dan lembut menjadikannya sangat menyelerakan dan sangat sedap di makan bersama dengan nasi putih. Hidangan ini boleh di makan pada waktu siang ataupun malam jika anda melawat di Melaka. Beberapa restoran anda boleh mencuba adalah di Asam Pedas Claypot, Asam Pedas Selera Kampung dan Asam Pedas Pak Man.


8. Sate Celup

Sate Celup adalah salah satu hidangan yang mesti di cuba ketika di Melaka. Pelbagai jenis makanan mentah dan separuh masak disediakan pada sate yang disimpan di dalam peti sejuk besar di restoran. Pelanggan boleh memilih hidangan mereka sendiri (gaya bufet) dan celup hidangan mereka ke dalam periuk yang mempunyai Kuah sate. Terdapat banyak restoran Sate Celup di Melaka, antaranya: Capitol Satay, Ban Li Xiang Satay Celup, McQuek’s Satay Celup dan Satay Celup Warisan.


9. Cendol

Cendol adalah pencuci mulut yang mempunyai bahan-bahan asas seperti santan kelapa, gula merah cair, kacang merah dan cendol yang menyerupai cacing kecil. Ia adalah pencuci mulut yang manis dan sesuai dimakan untuk menyejukkan badan ketika cuaca terik di Malaysia ni. Antara tempat-tempat yang boleh anda menikmati cendol: Jonker88, Cendol Bakar, Aunty Koh Cendol dan Cendol Jam Besar.


10. Coconut Shake

Ia adalah campuran air kelap dan isinya, kiub ais dan ais krim vanila dicampur bersama-sama dalam pengadun. Dengan rasanya yang semula jadi manis dan berkrim dengan rasa smoothie seperti kelapa. Klebang Original Coconut Shake adalah kedai yang pertama buka di Negeri Melaka, diikuti dengan kedai di Batu Berendam Coconut Shake