5 Tempat menarik berdekatan pantai di Melaka

5 Tempat menarik berdekatan pantai di Melaka Featured Image
  •   [email protected]
  •   Oct 19, 2016

Terdapat banyak perkara boleh dilakukan di pantai selain berpiknik




1. Pantai Klebang, Dataran 1 Malaysia

[Image via Blogspot]

Pantai Klebang merupakan satu tempat percutian tepi pantai yang sangat popular di Melaka. Ia terletak 5 kilometer dari Melaka Raya dan merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk bercuti di Melaka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh keluarga dan kanak-kanak seperti bermain layang-layang, menunggang kuda padi, dan berkelah tepi Pantai Klebang, menunggang kereta kuda dan menunggang ATV (motosikal empat roda). Selain itu, di sinilah terletaknya muzium kapal selam, dan juga tempat yang digembar gemburkan sebagai lokasi Coconut Shake yang paling sedap. Pantai Klebang merupakan tempat yang istimewa dan unik kerana ia merupakan tempat yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.


2. Coconut Shake Original Klebang

[Image via Facebook]

Salah satu tempat yang terkenal di Melaka ini adalah Klebang Original Coconut Shake. Tempat ini hanya terletak 3 minit jarak memandu dari pantai Klebang. Jika anda sedang mencari tempat makan yang menarik di sekitar melaka, di sini adalah tempat yang harus anda pergi. Ia sangat sesuai untuk beristirehat sambil menikmati keindahan pantai klebang. Selain daripada coconut shake, tempat makan ini juga ada menyediakan makanan yang sedap-sedap seperti makanan goreng, nasi lemak, waffle, kuih muih dan banyak lagi. Tempat letak kereta juga disediakan dan ruangnya amat luas. Ia boleh memuatkan lebih daripada 20 buah kereta dan juga bas. Jadi anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari tempat letak kereta di situ. Kedai ini buka setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti umum.


3. Bustel Melaka

[Image via Facebook]

Bustel adalah singkatan kepada bas hotel. Ia merupakan tempat melancong terkini di Melaka. Bustel adalah bajet hotel Melaka yang dihasilkan dari bas terpakai. Bas yang diubahsuai dengan cantik berasal dari bas sebenar. Deretan bas-bas yang lama disusun dengan kemas di Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang. Dalam bas tersebut terdapat katil, tv, almari solek, bekalan elektrik. Satu bas ada 2 bilik, setiap bilik boleh muat 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Kemudahan bilik air juga dibuat daripada bas terpakai. Di sebelah Bustel mempunyai Bas Café yang terdiri dari gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis makanan. Gerai-gerai ini juga berhampiran dengan pantai Klebang, ahli keluarga boleh berehat di gerai-gerai ini di waktu makan.


4. Pulau Besar

[Image via PortalMelakaNews]

Pulau Besar mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia merupakan pulau yang terbesar di negeri Melaka. Pulau ini mempunyai banyak kisah misteri dan sejarahnya. Terdapat dua cara jika anda ingin kesana. Anda boleh menaiki bot laju dari Jeti Umbai atau menaiki feri dari Jeti Anjung Batu. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sana seperti Makam Syarifah Rodziah, Perigi di kaki Pulau, Tasik Biawak dan banyak lagi. Gua Yunus antara tempat yang menarik terdapat di Pulau Besar. Nama gua ini diambil sempena nama Syeikh Yunus iaitu orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Selain itu, tempat yang menjadi tumpuan dan sering diziarahi pelancong adalah di makam Sultanul Ariffin. Menurut riwayat, beliau adalah seorang pendakwah dari baghdad yang berdakwah di kepulauan Jawa untuk mengembangkan ilmu Islam. Pelancong juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti Bersiar-siar di sepanjang pasir pantai yang putih, memancing, berenang, kembara hutan, dan menziarahi makam.


5. Masjid Terapung Selat Melaka

Masjid ini terletak di Pulau Melaka yang merupakan salah satu pulau buatan manusia di negeri Melaka. Pulau Melaka terletak di kawasan sekitar Melaka Raya. Masjid tersebut dibina untuk menjaga keselamat kapal-kapal yang melalui Selat Melaka kerana selat ini merupakan salah satu selat yang tersibuk di dunia. Ketika paras air tinggi, Masjid ini seakan-akan kelihatan seperti terapung di atas air.


Sekiranya anda melawat tempat-tempat ini di Melaka, anda boleh melayari HomestayAtMelaka.com, HotelAtMelaka.com dan LetsGoHoliday.my untuk mencari tempat tinggal.